Kuala Terengganu
Kuala Terengganu

Kuala Terengganu

Kuala Terengganu (Sebutan bahasa Malaysia: [ˈkuˈala ˈtəˈrengˈganu]; Jawi: کوالا ترڠݢانو); tulisan Cina ringkas: 瓜拉登嘉楼, pinyin: guālādéngjiālóu; kebiasaannya diringkaskan kepada KT) ialah ibu negeri, bandar diraja, dan pusat ekonomi utama negeri Terengganu Darul Iman. Kuala Terengganu terletak sekitar 450 kilometer dari timur laut Kuala Lumpur, di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Bandaraya ini terletak di muara Sungai Terengganu, berhadapan dengan Laut China Selatan.Sebagai sebuah daerah, Kuala Terengganu merupakan yang terkecil dari segi keluasan, tetapi (sekiranya kawasan daerah Kuala Nerus yang terletak bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu diambilkira) ia mepunyai jumlah penduduk terbanyak di negeri ini iaitu 343,284 orang pada 2010.[1][2] Status bandar raya deberikan kepada Kuala Terengganu dengan gelaran Bandaraya Warisan Pesisir Air pada 1 Januari 2008. Walaupun Kuala Terengganu tidak terkecuali daripada pemodenan dan pembangunan, ia masih mengekalkan ciri-ciri kemelayuan yang masih utuh sambil digabungkan bersama-sama warisan dan budaya lain disebabkan sejarah panjangnya sebagai pelabuhan.[3]

Kuala Terengganu

Awalan pelan nombor telefon 09-6xxxxxxx
• Musim panas (DST) Tiada
• Kepadatan 557.94/km2 (1,445.07/batu persegi)
Majlis Perbandaran 18 Januari 1979
Zon waktu UTC+8 (MST)
Awalan nombor plat kenderaan T
Negeri  Terengganu
• Datuk Bandar Samiun Salleh
Laman web mbkt.terengganu.gov.my
Poskod
20xxx
Negara  Malaysia
Diberikan status Bandaraya 1 Januari 2008
• Jumlah 343,284[1]